Tuesday, September 29, 2009

Umno diboikot, jika Isa tak jadi calon

TELOK KEMANG, 29 Sept:"Kami mahu Isa. Kalau tak kami BOIKOT". Demikian kain rentang yang masih dapat dilihat di beberapa kawasan Batu 6 Teluk Kemang, di sini.

Dipercayai kain rentang itu dibuat sendiri oleh penyokong tegar bekas Menteri Besar, Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad.

Kain rentang itu juga dikatakan sebagai isyarat awal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa akar umbi bertegas mahukan Isa.

Ini kerana Najib dijadualkan mengumumkan calon pilihan Umno BN petang ini.

Bersebelahan rumah kampung Isa, Balai Raya Si Rusa yang dijadikan bilik gerakan Umno kelihatan tidak dihiasi sebarang bendera dan kain rentang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang, Datuk Ismail Taib berkata, dia telah mengarahkan budak-budaknya menurunkan kain-kain rentang berkenaan.

Image(Gambar: Salah satu kain rentang yang dinaikkan di Bagan Pinang)

"Ini kerja orang gila,"kata beliau sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider.

Ekoran itu, kain rentang protes yang sama mula diturunkan di sekitar kampung halaman Isa, Kampung Baru Si Rusa, sejak pagi tadi.

Suasana hambar di situ, seolah-olah menggambarkan Umno tempatan boikot pilihan raya jika Isa tidak terpilih sebagai calon.

Beberapa perkembangan terkini menjangkakan Umno masih berdepan pergelutan kuasa dalaman dalam Umno, walaupun Umno berjaya menampilkan seorang calon yang bersih. - mks.

Sumber : Harakahdaily

Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar-pelajar SPM 2009

Assalamualaikum w.b.t

Berikut ialah program anjuran Pusat Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar-pelajar SPM 2009

Nama Program : Pecutan Akhir SPM 2009

Tarikh / Hari : 18 hb. Oktober 2009 (Ahad)

Tempat : Dewan Budiman,Fakulti Pendidikan UKM

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sasaran Peserta : 250 orang

Penyertaan : Pelajar Tingkatan 5

Pakaian : Sopan dan Menutup Aurat

Maklumat Lain : Makanan Disediakan

Yuran : Percuma

Penyertaan diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai program PTRS dan juga dibuka kepada pelajar luar DUN Bangi. Untuk penyertaan dari pelajar2 selain mengikuti program PTRS harap dapat mendaftar dengan menghubungi saya melalui telefon @ SMS ke 0194328684 -Sakinah Ahmad

Regards,

-Sakinah-
Koordinator Pembangunan Modal Insan
Dun Bangi
Custom Search

PAS Bandar Seri Putra