Wednesday, July 8, 2009

Johari Kasim mohon maaf pada Ketua Menteri

Mohd Sabri Said Thu Jul 09, 09 1:54:09 pm MYT
PULAU PINANG, 9 Julai (Hrkh) - Bekas Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kasim semalam menyifatkan, isu pertikaian perlantikan Yang Dipertua MPSP sudah selesai apabila beliau memohon maaf pada Kerajaan Negeri di atas kelakuannya memboikot majlis angkat sumpah tempoh hari.

Beliau berbuat demikian setelah mengambil sikap terbuka di samping menghormati keputusan exco yang mahukan jawatan YDP dilantik daripada kalangan Pegawai Tadbir Daerah (PTD).
Tambahan lagi melihatkan kepentingan ikatan kemaufakatan terjalin dengan lebih kukuh untuk berhadapan dengan musuh sebenar Barisan Nasional (BN) yang menanti keretakan Pakatan Rakyat.
"Setelah pertemuan antara Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), saya dan Ketua Menteri, saya rasa perlu melihat ke hadapan untuk memantapkan Pakatan Rakyat bagi mengakhiri kemelut sekali gus mengembelingkan tenaga bersama Kerajaan Negeri bagi manfaat semua," ujarnya yang diiringi Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman dalam sidang media di tingkat 28 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam.
Hasil pertemuan tersebut KeADILan Pusat dan Negeri telah merangka beberapa strategi dalam pembentukan Majlis Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau tidak menafikan kemelut itu juga mematangkan parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat terutamanya menyelesaikan permasalahan dalaman hasil salah faham atau tafsiran yang kurang tepat.
Memandangkan agenda yang lebih besar untuk memperjuangkan perancangan Dato' Seri Anwar Ibrahim menawan Malaysia serta isu liwatnya semua tuduhan kenyataan dan serangan terhadap Ketua Menteri ditarik balik.
"Memandangkan agenda di hadapan lebih besar untuk memperjuangan keadilan di Malaysia untuk menawan Malaysia serta isu liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim saya memohon maaf kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas segala kenyataan dan serangan sebelum ini," jelasnya penuh hormat.
Berhubung adakah Johari akan dilantik semula sebagai Ahli Majlis MPSP Dr Mansor berkata, ia akan diputuskan dalam mesyuarat exco apabila isu ini dibentangkan oleh exco Kerajaan Tempatan dan Lalulintas, Chow Kon Yeow.
Beliau juga yakin isu ini diselesaikan dengan bijak oleh Ketua Menteri ekoran permohonan maaf secara terbuka oleh Johari.
"Kita harap satu keputusan bijak diambil oleh Ketua Menteri dalam menyelesaikan isu ini kerana Johari telah memohon maaf dan mengakui kesilapanya pada majlis angkat sumpah YDP MPSP," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti. - mns_

PPSMI dimansuhkan - Lagi Kejutan BN!

WEDNESDAY, 08 JULY 2009 23:45
PUTRAJAYA, 8 Julai – Di tengah-tengah kekalutan persediaan menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai, kerajaan Barisan Nasional sekali lagi memberi kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengumumkan keputusan pemansuhan sistem PPSMI lewat petang tadi.
Menurut kenyataan berita massa, matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan bakal diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula bakal diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.Katanya lagi, pelaksanaan akan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat. Namun apa yang dikesali adalah, perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi. Isu PPSMI ini merupakan satu isu yang sudah basi kerana ianya telah dicanang pelbagai pihak termasuk PAS dan NGO-NGO yang merasakan bahawa sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai memperkosa hak rakyat Malaysia seawal kewujudannya.Anehnya, keputusan pemansuhan tersebut diumumkan enam hari sebelum tarikh pembuangan undi bagi pilihan raya kecil n41. Ini dilihat seolah-olah kerajaan Barisan Nasional mempunyai agenda bagi memancing undi di kalangan kelompok majoriti Melayu di Manek Urai.
Custom Search

PAS Bandar Seri Putra