Friday, July 10, 2009

SURAT UNTUK DS NAJIB

S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas.

Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada. Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku.

Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang.

Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia.

Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita. Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat.

Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan. Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima.

Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat. Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu.

Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB.

Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama.

Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.



Nik Abdul Aziz bin Nik Mat




Bandar Seri Putra, 5 Julai = 12 Rejab : Hari ini merupakan hari bersejarah bagi penduduk Bandar Seri Putra. Sejak Bandar ini dihuni hampir 10 tahun, atas cadangan Adun Bangi, maka pada hari ini penubuhan KOperasi Kejiranan Bandar Seri Putra (KOJIRA) Bangi dirasmikan oleh Dr. Shafie Abu Bakar bertempat di Dewan As-Syakirin Seri Putra. Beliau mahu penduduk Bandar Seri Putra tidak hanya melihat pembangunan di hadapan mata tetapi mengambil bahagian dengan menubuhkan koperasi dan berusaha secara bersama memiliki hartanah ( tanah dan kedai ) mewujudkan kedai koperasi dan berbagai- bagai lagi kemudahan lain.

Hadir sama di dalam Mesyuarat Agung Penubuhan KOJIRA ialah En. Nik Nadleen yang mewakili Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi kawasan Hulu Langat dan Gombak yang melahirkan kegembiraan di atas penubuhan KOJIRA.

Pengerusi yang dilantik bagi memimpin KOJIRA ialah Dr. Hj. Ahmad Roslin bin Johari bersama-sama dengan AJK yang lain. Kita mengharapkan KOJIRA bergerak maju bagi memantapkan KOJIRA ini

Pelan induk saliran bandar atasi hakisan, banjir di Selangor

Saidah Hairan
Fri | Jul 10, 09 | 11:25:20 am MYT

SHAH ALAM, 10 Julai (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu dan Infrastruktur Awam, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali berharap kerajaan Selangor membuat lebih banyak pelan induk saliran bandar dalam Rancangan Malaysia ke-10 bagi menangani masalah kerosakan akibat hakisan dan banjir.

Katanya, pelan induk itu telah dilaksanakan di bandar Klang dan Sungai Buloh dan kedua-dua bandar itu kurang mengalami masalah banjir walaupun hujan lebat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Abdul Aziz (BN-Semenyih) berhubung kaedah menangani banjir dan kerosakan infrastruktur di kawasan lokasi hilir dengan banjir kilat.

Menurut beliau kerajaan perlu peruntukkan lanjut untuk pembaikan dan pemulihan sungai yang berlaku tiga tahun sekali.

"Mengenai banjir sejak akhir-akhir ini kita dapati hujan agak luar biasa. Ini kerana dunia telah mengalami perubahan cuaca yang berlaku dengan hebat di Kutub Utara dan Selatan akibatnya Malasyia turut menerima kesannya," kata beliau.

Tambah beliau, ini menyebabkan kerosakan tetapi pada masa yang sama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) selain mengenal pasti sungai tersebut, JPS telah melakukan pelan induk saliran bandar memastikan kawasan bandar yang padat penduduk, kawasan perindustrian terjejas teruk dapat diatasi. - lanh _

Royalti: Husam ajak Mustapa debat

KUALA KRAI, 11 Julai (Hrkh) - Nampaknya pemimpin Umno sah terperangkap dengan isu royalti apabila cuba mengalihkan pula kepada Petronas bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat Kelantan.

Petronas seakan-akan menjadi kambing hitam memikul tanggungjawab tersebut. Sedangkan segala keputusan terpikul di atas bahu Perdana Menteri.

Maka mengambil kira polemik tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato� Husam Musa mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato� Mustapa Mohamed berdebat mengenai isu royalti.

"Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.

"Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan," katanya ketika ditemui pada program Cakna Keluarga di sini petang tadi.

Husam juga berkata, pada 3 Ogos depan beliau akan menganjurkan lawatan bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat meninjau kawasan pelantar Cekerawala.

Katanya, kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

"Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut . Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

"Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata, biar pun diminta Petronas menjawab tetapi beliau yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas memberi jawapan politik.

"Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

"Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan," katanya.

Surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut royalti dihantar sebulan lalu dan tiga bulan lepas Menteri Besar juga menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican bagi mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.

Lokasi yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand � Malaysia dan tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan Parlimen pada 1990. - mj _

Wednesday, July 8, 2009

Johari Kasim mohon maaf pada Ketua Menteri

Mohd Sabri Said Thu Jul 09, 09 1:54:09 pm MYT
PULAU PINANG, 9 Julai (Hrkh) - Bekas Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kasim semalam menyifatkan, isu pertikaian perlantikan Yang Dipertua MPSP sudah selesai apabila beliau memohon maaf pada Kerajaan Negeri di atas kelakuannya memboikot majlis angkat sumpah tempoh hari.

Beliau berbuat demikian setelah mengambil sikap terbuka di samping menghormati keputusan exco yang mahukan jawatan YDP dilantik daripada kalangan Pegawai Tadbir Daerah (PTD).
Tambahan lagi melihatkan kepentingan ikatan kemaufakatan terjalin dengan lebih kukuh untuk berhadapan dengan musuh sebenar Barisan Nasional (BN) yang menanti keretakan Pakatan Rakyat.
"Setelah pertemuan antara Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), saya dan Ketua Menteri, saya rasa perlu melihat ke hadapan untuk memantapkan Pakatan Rakyat bagi mengakhiri kemelut sekali gus mengembelingkan tenaga bersama Kerajaan Negeri bagi manfaat semua," ujarnya yang diiringi Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman dalam sidang media di tingkat 28 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam.
Hasil pertemuan tersebut KeADILan Pusat dan Negeri telah merangka beberapa strategi dalam pembentukan Majlis Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau tidak menafikan kemelut itu juga mematangkan parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat terutamanya menyelesaikan permasalahan dalaman hasil salah faham atau tafsiran yang kurang tepat.
Memandangkan agenda yang lebih besar untuk memperjuangkan perancangan Dato' Seri Anwar Ibrahim menawan Malaysia serta isu liwatnya semua tuduhan kenyataan dan serangan terhadap Ketua Menteri ditarik balik.
"Memandangkan agenda di hadapan lebih besar untuk memperjuangan keadilan di Malaysia untuk menawan Malaysia serta isu liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim saya memohon maaf kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas segala kenyataan dan serangan sebelum ini," jelasnya penuh hormat.
Berhubung adakah Johari akan dilantik semula sebagai Ahli Majlis MPSP Dr Mansor berkata, ia akan diputuskan dalam mesyuarat exco apabila isu ini dibentangkan oleh exco Kerajaan Tempatan dan Lalulintas, Chow Kon Yeow.
Beliau juga yakin isu ini diselesaikan dengan bijak oleh Ketua Menteri ekoran permohonan maaf secara terbuka oleh Johari.
"Kita harap satu keputusan bijak diambil oleh Ketua Menteri dalam menyelesaikan isu ini kerana Johari telah memohon maaf dan mengakui kesilapanya pada majlis angkat sumpah YDP MPSP," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti. - mns_

PPSMI dimansuhkan - Lagi Kejutan BN!

WEDNESDAY, 08 JULY 2009 23:45
PUTRAJAYA, 8 Julai – Di tengah-tengah kekalutan persediaan menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai, kerajaan Barisan Nasional sekali lagi memberi kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengumumkan keputusan pemansuhan sistem PPSMI lewat petang tadi.
Menurut kenyataan berita massa, matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan bakal diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula bakal diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.Katanya lagi, pelaksanaan akan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat. Namun apa yang dikesali adalah, perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi. Isu PPSMI ini merupakan satu isu yang sudah basi kerana ianya telah dicanang pelbagai pihak termasuk PAS dan NGO-NGO yang merasakan bahawa sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai memperkosa hak rakyat Malaysia seawal kewujudannya.Anehnya, keputusan pemansuhan tersebut diumumkan enam hari sebelum tarikh pembuangan undi bagi pilihan raya kecil n41. Ini dilihat seolah-olah kerajaan Barisan Nasional mempunyai agenda bagi memancing undi di kalangan kelompok majoriti Melayu di Manek Urai.

Kerajaan Kedah beri penjelasan lanjut isu roboh pusat sembelih khinzir

Wan Nordin Wan Yaacob Wed Jul 08, 09 9:54:43 am MYT
ALOR SETAR, 8 Julai (Hrkh) - Exco Kanan Kerajaan Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi Penjelasan pusat penyembelihan khinzir di Kampung Berjaya sebenarnya dirobohkan kerana berlakunya pelanggaran undang-undang.

Pusat tersebut yang telah beroperasi sejak 30 tahun lalu diatas tanah rezab kerajaan tanpa sebarang kelulusan atau lesen operasinya,kata beliau.
Ketika itu (zaman Umno/BN memerintah) kawasan tersebut tidak ada penempatan oleh kerana jauh dari pusat bandar, walaupun ia duduk di situ tetapi tidak pernah ada satu kebenaran bertulis yang diberi kepada pengusaha,ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakah ketika satu wawancara ekslusif di pejabatnya di Wisma Darul Aman semalam.
"Kerajaan ketika itu beri secara understanding sahaja.Jadi setelah berlakunya penempatan penduduk di situ dengan perkembangan pembangunan, adanya kampung berjaya, jadi tempat itu nampaknya sudah tidak sesuai,"katanya.
Kerajaan yang memerintah sebelum ini (Umno/BN) pun telah membuat keputusan bahawa kawasan itu tidak lagi sesuai untuk diteruskan operasi penyembelihan khinzir,ujarnya,
Beberapa kali kerajaan yang lalu membuat keputusan supaya dicari kawasan pusat penyembelihan baharu bagi menggantikan kawasan tersebut, katanya.
Keputusan itu dibuat agar pusat penyembelihan dipindahkan supaya urusan penyembelihan khinzir ini dibuat secara teratur dan dibuat dengan lebih kemas.
Apa yang paling penting kawasan yang baharu (jika ada) bakal diluluskan mengikut peraturan dari segi kebersihan dan teknikal,katanya.
Kemudian, ada tahun 2006 pun telah ada satu kepiutusan kerajaan negeri ketika itu supaya ditutup pusat itu tetapi mungkin ada campur tangan pelbagai pihak dan tiada penempatan baru bagi pusat penyembelihan tersebut justeriu keputusan itu terpaksa ditangguh, katanya.
Namun selepas Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan, kerajaan negeri ini oleh kerana terlalu banyak desakan dari pihak penduduk berdekatan agar ia ditutup,pada 1 Julai lalu ia dirobohkan.
Kerajaan menerima aduan berpanjangan mengenai bau busuk selain cara dibuat pusat itu tanpa ikut peraturan, katanya.
Pengusaha sebenarnya tahu tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan premis itu betul kerana tiada lesen dan di atas tanah rezab kerajaan, katanya.
Malahan pihak MBAS yang membuat keputusan untuk meminta mereka menutup pusat itu pada 30 Mei lalu telah memberi tempoh sebulan atas permintaan pengusaha untuk mencari tempat baharu,katanya.
Tetapi sampai masanya mereka cuba bawa campur tangan pihak lain iaitu orang politik dan sebagainya yang nak jadi jaguh kononnya untuk membela nasib pengusaha,ujarnya.
"Sebenarnya mereka ini tidak membela pun yang nak membela perkara ini contohnya yang dari kerajaan dahulu (Umno/BN) kenapa mereka tak selesaikan awal sewaktu mereka perintah dahulu?," ujarnya.
"Patut mereka cari tempat, tetapi ini mereka jadikan isu sensitif.Sebagai kerajaan kerajaan lihat bahawa keputusan roboh ini dibuat oleh MBAS yang mana ini dibawah kuasa mereka (MBAS) dan mereka gunakan peruntukan undang-undang kecil MBAS soal bangunan haram dan premis haram dan sebagainya,
" Jadi apabila berlaku keingkaran, kita tiada pilihan.Selaku kerajaan ini kita lihat dari sudutr undang-undang bukan dari sudut ia babi ka lembu ka ayam ka sebab ini persoalan pelanggaran undang-undang dan masalah bantahan yang daripada orang ramai yang duduk di situ," katanya.
Bagi Phahrolrazi, MBAS sebenarnya telah mengambil tindakan yang sepatutnya dan selaku kerajaan negeri tidak mahu campur tangan dalam bidang kuasa MBAS.
Rakyat sendiri menyokong tindakan itu kerana isu ini tidak diselesaikan oleh kerajaan yang sebelum ini sejak 30 tahun lalu, katanya.
Sebalik keputusan itu, kerajaan negeri tidak menutup ruang untuk pengusaha mencari tapak baharu yang bersesuaian bagi menggantikan tapak yang dirobohkan, katanya.
Namun ia perlu dicadangkan, dimohon kelulusan kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk menimbang kelulusan lesen operasi dan cadangan tapak,katanya.
Bagi Phahrolrazi, isu itu sebenarnya telah selesai dan tidak berbangkit, cuma ia diputarbelitkan media arus perdana untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat./wann_

80 ahli Umno cawangan Pondok Kempas keluar parti

MELAKA, 8 Julai (Hrkh) - Hampa dengan pemimpin atasan Umno Negeri Melaka yang tidak mengendahkan langsung bantahan penduduk kampung berkenaan pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti orang Melayu menyebabkan 80 ahli Umno Cawangan Pondok Kempas mengistiharkan keluar parti sebagai tanda protes, di sini, baru-baru ini.

Menurut Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Pondok Kempas, Kalsom Rejab, bahawa mereka semua berasa kecewa disebabkan tiada seorang pun pemimpin negeri turun padang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sejak Mei lalu.
"Sebelum ini dua kali sudah kami mengadakan bantahan namun tiada seorang pun wakil rakyat atau pegawai yang terlibat berjumpa dengan bagi membincangkan permasalahan yang timbul agar dapat dicari jalan penyelesaiannya.
"Sebaliknya kami ditohmah dengan pelbagai tuduhan seperti melabelkan kami telah menyertai Pakatan Rakyat dan sebagainya serta pelbagai ugutan untuk menarik balik bantuan kerajaan atau akan ditangkap polis," katanya.
Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa Umno di peringkat cawangan, bahagian dan juga negeri tiada berkemampuan mempertahankan dan membela nasib rakyat bawahan khususnya di kampung.
Tambah Kalsom, apa yang berlaku ini amat bercanggah sekali dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan selama ini.
"Sepatutnya kami tidak diugut atau penghinaan sedemikian rupa tetapi duduk bersama berbincang bagi menyhelesaikan permasalahan tersebut.
"Kami adalah merupakan pengundi setia Umno di mana pada setiap pilihan raya Umno pasti berjaya memenangi kawasan ini yang merupakan kubu kuat Umno sejak dulu," ujarnya.
Tambahnya,pelbagai tindakan telah dilakukan oleh penduduk kampung yang terlibat kerana membantah pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti penduduk Melayu itu seperti mengadakan demonstrasi bantahan, menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Jasin dan Ketua Menteri Melaka, namun ianya tetap diteruskan dan ini mengundang rasa tidak puas-hati di kalangan masyarakat setempat. - mks._

Tuesday, July 7, 2009

MANIK URAI




KUALA KRAI, 7 Julai - Seawal jam 6.30 pagi, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat telah berpusu-pusu menuju ke Masjid Mukim Kuala Krai untuk bersama-sama menunaikan solat dhuha dan solat hajat yang diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berserta pimpinan yang lain.

Meskipun terdapat arahan polis yang menghadkan bahawa hanya 500 orang sahaja yang dibenarkan berada di masjid dan sekitarnya, namun para penyokong tidak mengendahkannya.

Menurut salah seorang petugas PAS daripada Kota Bharu, masjid-masjid sekitar bandar tersebut dipenuhi petugas dan penyokong daripada luar yang datang menginap bagi menyertai perarakan sempena penamaan calon.

Senario tersebut menyebabkan masjid dan surau mengalami kesesakan sehingga menyebabkan tekanan air turut menjadi perlahan.

Jalan-jalan raya mulai menjadi sesak setelah trafik sejauh 10 km berpusu-pusu menuju ke pusat penamaan calon. Para pengguna menjadi begitu ghairah dengan kehangatan suasana penamaan dengan mengibarkan bendera pada kenderaan.

Setibanya di perkarangan pusat penamaan tersebut, kelihatan penyokong Umno yang mengenakan pakaian baju kebaya dan kurung bertemakan warna merah dan biru, yang kemudiannya menyarungkan pula kemeja-t lengan panjang dalam cuaca yang agak panas dan terik.

Sementara menanti proses penamaan selesai, penyokong-penyokong kedua-dua pihak menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah melaungkan slogan dan propaganda masing-masing. Malah terdapat persembahan gendang oleh Kelab Penyokong PAS daripada kaum India, dikir barat, selain alunan zikir, salawat dan sebagainya.

Permandangan di bahagian lawan yang rata-rata lesu, meskipun kehadiran pemimpin nombor dua parti itu, Tan Sri Muhydin Yasin beserta Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan beberapa menteri kabinet seperti Dato' Dr Ng Yen Yen, Dato' Rais Yatim dan beberapa menteri besar turun padang.

Menurut sumber, Muhiyidin menaiki helikopter dan mendarat di padang sekolah Menengah Teknik berhampiran pusat penamaan calon. Malah kedudukan pusat tersebut juga tidak jauh daripada Bangunan Umno di Kuala Krai.

Kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang dikatakan berjumlah 10,000 berbanding Umno-BN yang hanya sekitar kira-kira 2,000 sahaja memberi suatu gambaran kepada pengundi mengenai petanda awal terhadap perjalanan dan situasi kempen pilihan raya kecil ini.

Jika pihak Umno mennganggap bahawa Manek Urai ini merupakan titik permulaan ke arah perubahan parti itu, maka sesuatu harus dilakukan.

Apa yang jelas, kehadiran pasukan keselamatan di kawasan penamaan banyak membantu memudahkan proses penamaan dijalankan, apatah lagi tiada provokasi berlaku.

Ini dapat dilihat apabila penyokong Pakatan Rakyat dapat mengadakan mini ceramah berhampiran perkarangan pusat penamaan calon bagi mengisi ruang masa sambil menanti keputusan penamaan diumumkan.

Kebijaksanaan susun atur pergerakan dan pengisian sepanjang proses penamaan ini menunjukkan bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat teliti dan mementingkan aspek kefahaman serta peneguhan bagi mengekalkan sokongan serta keyakinan ahli dan penyokong untuk terus mengekalkan kepimpinan yang sedia ada di Kelantan.




Custom Search

PAS Bandar Seri Putra