Wednesday, November 18, 2009

Menguruskan kemenangan

Menguruskan kemenangan
Zukri Aksah

Mempertahankan apa yang diperolehi lebih sukar dari usaha memperolehinya. Dahulu saya hanya percaya premis ini sekadar satu teori. Apabila saya berjaya melangkah kaki ke universiti, saya dapati yang susahnya adalah untuk sampai ke sana, bila sudah bergelar mahasiswa pandai-pandailah jaga diri, untuk tercampak keluar semula dari menara gading adalah sesuatu yang mustahil bagi saya, kecuali anda bodoh dalam menguruskan diri sendiri. Pengalaman peribadi saya ketika itu menidakkan teori di atas.

Dalam dua dekad ke belakang ini (1990 – 2009), hidup saya hanya boleh dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian pertama sebagai warga kampus (dari matrikulasi ke ijazah pertama) dan bahagian kedua pula sebagai politikus.

Tanggal 4 April 1999 saya mula menggauli politik, mendaftar sebagai ahli Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat). Bermula 1999 hingga 2007 saya menjadi ahli politik, seorang politikus yang aktif juga. Tempoh itu adalah tempoh perjuangan, perjuangan berusaha memperolehi kemenangan. Ia sememangnya tempoh yang sukar, saya percaya tidak seorang pun yang pernah mencium bau reformasi di ketika tempoh ini akan menafikan kesukarannya, termasuklah Ezam Mohd Nor.

Perkiraan saya yang naif ini ketika itu, inilah yang paling sukar gamaknya. Pada ketika saya sudah memberi seluruh jiwa raga saya bagi menghadhami segala kesukaran perjuangan inilah saya mengambil keputusan paling drastik, meninggalkan Parti Keadilan Rakyat! Saya kemudiannya bersama Gerak sebagai Pengerusi Gerak Pahang dan Ahli Majlis Tertinggi Gerak Malaysia sebelum kembali ke kancah politik sebagai ahli PAS. Semasa bersama Geraklah Pilihan Raya Umum ke-12 diumumkan. Kita semua sudah tahu hasilnya. Bagi saya, Pakatan Rakyat pasca 8 Mac 2008 adalah pakatan yang menang, sekurang-kurangnya untuk lima negeri yang dikuasai (kemudiannya jadi empat).

Pakatan Rakyat menjadi pakatan pembangkang yang selesa di peringkat persekutuan dengan menguasai lebih dari satu pertiga kerusi parlimen, dan membentuk kerajaan pula di lima buah negeri (kemudiannya jadi empat). Rupa-rupanya sesusah mana sekalipun perjuangan memperolehi kemenangan besar tersebut, susah lagi kerja-kerja selepas itu, mengurus dan mempertahankannya!

Betapa tidak, PAS sejak dari berlalunya tarikh 8 Mac 2008 tidak habis-habis dirundung polemik. Dari isu muzakarah ke muqabalah, dari pertemuan sulit ke agenda kerajaan perpaduan, dari erdogan ke kepimpinan ulama, dari Nik Aziz ke Haji Hadi, dari wala’ ke isu pecat. Masa terbazir banyak hanya kerana memberi ruang kepada sesetengah pemimpin untuk melatah, yang bukannya mengubat tetapi semakin menambah musibat.

Begitu juga PKR, cuma polemiknya berbeza. Ada yang melompat, ada yang mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat bebas “mesra BN” (entah apa maksudnya, mesra duit BN?), ada yang keluar parti begitu-begitu sahaja.

Entahlah, mungkin betul juga kata sesetengah orang yang dalam Parti Keadilan ramai katak, dalam PAS ramai mengkarung. Jangan marah saya, ini kata orang, persepsi mereka dan politik seperti didefinisikan ramai orang adalah berkenaan persepsi, pengurusan politik pula adalah pengurusan persepsi.

Jangan cuba beralasan, alahhh... BN pun bermasalah juga, biasalah, mana ada rumahtangga yang aman sentiasa. Masalahnya BN itu siapa, mereka penguasa, media perdana di bawah pengaruh mereka, maka melalui media-media inilah mereka menguruskan persepsi rakyat. Hakikatnya, mereka telah berjaya menguruskan persepsi rakyat dengan cara ini selama 52 tahun, itu cara mereka mempertahankan kemenangan mereka selama ini.

Pakatan Rakyat pula menguruskan dengan cara apa? Seperti saya kata pengurusan politik adalah pengurusan persepsi. Bila sesebuah kumpulan politik itu berjaya memperolehi kuasa, maka persepsi rakyat ketika mereka memberi kemenangan dahulu haruslah dipastikan tidak berubah. Saya akui tampuk kuasa bukan sekadar citra, ia juga syurga dunia yang menghidang sejuta dugaan, lalu adalah yang tengah galak baru bergelar penguasa akan memandai membuat perancangan sendiri, membina agenda sendiri sehingga membelakangkan kumpulan besar yang dinamakan Pakatan Rakyat itu. Ini masalah dalaman, ia sepatutnya diuruskan secara dalaman.

Bila ada juga yang terkeluar kepada umum, menjadi tugas pemimpin-pemimpin yang menguruskan polemik inilah untuk memastikan persepsi rakyat ketika memberi kemenangan dahulu tidak tercalar. Sebagaimana kehendak Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat terus menyokong mereka, mereka juga pada masa yang sama harus mencipta persepsi bahawa prinsip mereka masih sama dan mereka tegas dalam mempertahankannya, jika tidak 100 tahun yang diberikan Mahathir pun belum tentu cukup untuk menamatkan silat sendeng sesama sendiri, memukul kemudiannya mengelak.

Sudah sampai masanya saya kira ahli politik Pakatan Rakyat diprofesionalkan, mereka harus diajar dengan dua ilmu pengurusan, pertama pengurusan media dan kedua pengurusan konflik.


Wednesday, November 4, 2009

K'tan timbang tolak p'janjian Petronas

Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera Kelantan terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pagi ini.

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi.

"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."

Sehubungan itu, kata Husam, kerajaan negeri mahu wang ehsan dibayar terus kepada Kelantan dan sebuah badan penyelaras ditubuhkan yang turut dianggotai wakil kerajaan pusat untuk memantau penggunaan wang tersebut.

"Sekali lagi kami berharap perdana menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian negara malaysia," katanya.

Mengenai penubuhan panel guaman tersebut, Husam berkata, antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah:

1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada Petronas untuk mencari gali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.

2. Kemungkinan untuk kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa.

"Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan daripada panel guaman tersebut," kata Husam lagi.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut mempersoalkan mengapa wang ehsan harus diurus oleh kerajaan pusat

"Pengumuman perdana menteri bahawa Kelantan hanya layak menerima 'wang ehsan' dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diuruskan oleh kerajaan pusat, adalah satu keputusan politik.

"Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata," katanya.

Di samping itu, tambahnya, keberkesanan pengurusan oleh kerajaan pusat juga boleh dipertikaikan.

"Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membanteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu," kata Husam.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, Husam berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu untuk memastikan tuntutan wang royalti itu berjaya.

"Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ehsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya dalam laporan Bernama.

Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan negeri menganggap pemberian wang ehsan itu satu langkah pertama hasil inisiatifnya dalam tuntutan royalti minyak.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti itu.

Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

Sumber : Malaysiakini.com

Rayuan Nizar esok, PAS Perak solat hajat malam ini

Rayuan Nizar esok, PAS Perak solat hajat malam ini

IPOH, 4 Nov: PAS Perak hari ini menyeru seluruh ahli parti itu mengadakan solat hajat berdepan keputusan siapa Menteri Besar perak yang sah yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan esok.

Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, ianya bagi memohon pertolongan dari Allah agar memberi kemenangan kepada perjuangan Islam negeri itu.

Beliau juga telah mengeluarkan arahan kepada pimpinan PAS di semua kawasan agar menunaikan solat hajat malam ini.

"Saya mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak disemua peringkat, supaya melakukan solat sunat hajat secara berterusan, mohon kepada Allah SWT agar diberi kemenangan dan kekuatan kepada PAS," katanya.

Solat hajat itu juga katanya bagi mendoakan keselamatan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari sebarang perancangan jahat musuh.

Image"Semoga Allah SWT sentiasa membela, memelihara dan melindungi pejuang-pejuang PAS, dan semoga disatukan hati seluruh para pejuang Islam dan memfokuskan Matlamat Perjuangan PAS, iaitu menumbangkan kezaliman dan menegakkan Islam," katanya lagi.

22 Mei lalu, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang telah memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop juga telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar pada 19 Jun lalu bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

Tutut dipohon supaya kes membabitkan pertikaian Menteri Besar Perak itu di dengar oleh 11 hakim.

Ekoran itu Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan Nizar dan menetapkan rayuan didengar esok.

Sumber : Harakahdaily

Friday, October 30, 2009

Sekolah Agama Bandar Seri Putra Mula Diguna: ADUN Bangi Bekalkan Komputer

Sekolah Agama Bandar Seri Putra Mula Diguna: ADUN Bangi Bekalkan Komputer

Bandar Seri Putra, 04 Zulkaedah = 23 Oktober (Jumaat)


Desakan dan permohonan supaya Bandar Sri Putra didirikan sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah agama dikemukakan oleh ADUN sejak 2001 semasa ADUN menjadi ADUN Kajang dalam mana Bandar Baru Bangi dan Sri Putra di bawah DUN Kajang.

Pada peringkat permulaan Bandar Putra dibuka (2001), tidak ramai yang mau menghuni, kerana masih kurang dari segi kemudahan, termasuklah ketiadaan sekolah. Ramai dari pembeli pada masa itu menjadikan rumah di sini sebagai rumah persinggahan di hujung minggu. Al-hamdulillah kini sekolah agama mulai digunakan, di samping sekolah rendah kebangsaan telah dibuka. Namun, sekolah menengah yang hampir siap tapi masih terbengkalai.

Sekolah agama ini mula digunakan pada 1 Oktober 2009 berikut dari mesyuarat antara Jabatan Agama, JKR, TNB dan Sekolah pada 5 September, iaitu dengan memindah seramai 325 murid yang belajar di Sekolah Agama Pekan Bangi, tetapi tinggal di Bandar Seri Putra. Pendaftaran murid baru telah dibuat dan tarikh pendaftaran akhir 30 Oktober. Setakat ini 850 orang telah mendaftar bagi memulakan pengajian bila sesi pertama dibuka pada 4 Januari 2010.

Sekolah Agama Seri Putra didirikan di atas tapak seluas 5 ekar berdepan dengan kawasan masjid yang lebih kurang sama luasnya. Tapak berada dikawasan strategic di tengah-tengah kawasan Bandar Seri Putra. Kos bagi sekolah ini ialah RM6.1 milion. Sekolah ini mempunyai dua blok empat tingkat yang boleh memuatkan 40 kelas dan boleh menampung hingga 2,000 murid termasuklah sebuah kantin. Disamping itu, sepertimana biasa sekolah ini mempunyai 9 kelas dengan dua kelas bagi darjah satu hingga 4 dan satu kelas bagi darjah 5. Setakat ini ada 10 orang guru dengan dua guru lelaki dan 8 perempuan. Guru Besar ialah Ustaz Khairul Amri dan Timbalannya Ustaz Husnan. Agak pelik sedikit sekolah yang terletak dibawah DUN Bangi yang sepatutnya dari segi tadbirannya terletak di bawah Hulu Langat diletak pentadbiran persekolahannya di bawah Pejabat Agama Sepang.

Dalam ucapannya ADUN Bangi, bersyukur kepada Allah sebuah lagi sekolah agama di DUN Bangi bertambah menjadikan 10 buah, iaitu;

1 buah SRAI di Bandar Baru Bangi
5 ,, SRA (Sg. Ramal Luar, Sg.Ramal Dalam, Pekan Bangi, Jalan 6 BBB, Seri Putra)
1 ,, LEPAI , Bandar Baru Bangi
3 Swasta (Jasmin, Kajang Utama, Seksyen 9).

Walaupun sudah 10 buah agama wujud di DUN Bangi, tetapi masih belum cukup dari segi keperluan penduduk setempat. Banyak lagi permohonan-mohanan diterima untuk mendirikan sekolah agama.

ADUN berharap Sekolah Agama Seri Putra akan memainkan peranan mendidik anak-anak setempat dengan pendidikan agama dan menjadi anak-anak berguna. Secara tidak langsung dapat mengelak anak-anak dari gejala sosial. Sempena Bangi Bandar Ilmu, maka adalah diharapkan Sekolah Agama Seri Putra akan menjadi sekolah agama terbilang di DUN Bangi, bahkan pada peringkat di Hulu Langat dan turut sama melonjakkan imej Bangi sebagai Bandar Ilmu.

Kemajuan sekolah banyak bergantung kepada banyak pihak. Selain dari guru-guru ialah ibu bapa. ADUN berharap dalam masa terdekat sekolah akan bermesyuarat bagi melantik AJK PIBG sekolah. Dengan ini banyak kegiatan yang dapat dijalankan melalui kerjasama dengan PIBG. ADUN sedia bekerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG bagi memajukan sekolah.

Oleh kerana pada peringkat permulaan sekolah masih berkurangan dari segi peralatan. Bagi sebagai permulaan ADUN membekalkan sebuah computer baru (Dell) untuk kegunaan sekolah.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.

Speaker boleh cabar SPR isu Kota Siputeh kosong

Speaker boleh cabar SPR isu Kota Siputeh kosong

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai ADUN Kota Siputeh.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan permohonan semakan kehakiman itu tidak bercanggah dan terdapat isu serius yang perlu dibicarakan.

Beliau juga memerintahkan Dr Abdul Isa, yang hadir di mahkamah dan diwakili peguam Sulaiman Abdullah, memfailkan permohonan itu dalam tempoh tiga hari bagi membolehkan kes didengar sebelum 17 Nov.

Terdahulu, Sulaiman meminta mahkamah mendengar permohonan itu sebelum sidang DUN akan datang, dijadualkan selama tiga hari bermula 17 Nov.

Sulaiman, dalam hujahnya hari ini, berkata Abu Hassan telah gagal menghadiri dua persidangan DUN Kedah secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini.

"Perkara 51, Perlembagaan Negeri Kedah menetapkan jika mana-mana ADUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran speaker bagi dua mesyuarat berturut-turut, kerusinya akan menjadi kosong.

"Prima facie, mengikut Perkara 51 dalam kes ini adalah memuaskan," katanya.

Dr Abdul Isa memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pada 1 Okt, menamakan Abu Hassan dari BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi Kota Siputeh ekoran kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 Sept, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih wakil rakyatnya.

Kes itu akan disebut semula pada 6 Nov.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili SPR manakala Dr Abu Hassan tidak diwakili. BERNAMA


Wednesday, October 28, 2009

PAS adakan seminar ganti muktamar khas

PAS adakan seminar ganti muktamar khas

Zulkifli Sulong

Thu | Oct 29, 09 | 1:36:34 am MYT

KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.
Image

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

Sumber : Harakahdaily

Friday, October 23, 2009

Aziz Bari: Hujah BN pertahan Speaker haram Ganesan tunggang-langgang

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan Malaysia, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Barisan Nasional (BN) cuba menegakkan benang basah apabila memberikan pelbagai hujah Dato' R. Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri(Dun) Perak yang sah.

Lebih malang lagi katanya mahkamah mengesahkan tindak tanduk BN menjadikan kuasa mahkamah itu juga agak 'tunggang langgang'.

"Sewaktu Speaker Sivakumar menggantung Dato' Zambry Abdul Kader dahulu, BN menyatakan mahkamah boleh campur tangan dalam isu tersebut. Tetapi apabila timbul isu R. Ganesan ini, pihak mahkamah mengatakan tidak boleh campur tangan isu ini.

"Jadi, mana satu yang betul? Mahkamah mengatakan boleh campur tangan apabila hanya boleh memenangkan BN. Kita tidak mahu mengatakan BN berat sebelah tetapi itulah perkara yang berlaku. Sebenarnya apa yang betul ialah mahkamah tidak boleh campur tangan,"katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Jelas Aziz, tidak ada satu masa pun menununjukkan berlaku kekosongan Speaker Dun Perak. Malah katanya, tidakan mengusung keluar Sivakumar tidak menandakan Speaker Dun Perak itu tidak sah. Situasi ini menegaskan lagi pelantikan Ganesan adalah tidak sah.

"Ketidaksahan itu berkait-kait daripada istana, daripada SUK dan daripada polis kerana masalah pencerobohan sewaktu sidang Dun dan Speaker Sivakumar diangkat keluar oleh pegawai polis.

"Daripada segi tindakan pihak polis yang menceroboh, tindakan itu memang tidak boleh dan polis telah melakukan jenayah. Dan daripada sudut lain, apakah perkara yang boleh menyatakan Ganesan sah sebagai Speaker sedangkan daripada awal lagi beliau tidak sah sebagai Speaker. Ini kerana pelantikan sebagai Speaker harus dibuat melalui pemilihan,"katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menegaskan Ganesan juga telah melanggar undang-undang kerana masih mengamalkan karier guamannya sewaktu 'dilantik' sebagai Speaker.

"Sudahlah dia melanggar undang-undang, pelantikannya juga tidak sah. Dalam erti kata lain Ganesan ini memang bukan Speaker Dun Perak. Dan Sivakumar masih Speaker yang sah.

"Oleh kerana beliau dihalang daripada melaksanakan tugasnya, sama ada di bawah pokok atau di hotel, persidangan tersebut tetap sah. Malah prosiding mahkamah juga pernah diadakan di dalam hospital dan ia tetap sah,"tegasnya.

Abdul Aziz menjelaskan, walau di mana sidang Dun Perak akan diadakan pada 28 Oktober nanti, ia tetap sah diadakan.

Thursday, October 22, 2009

Nik Aziz: EGM PAS Untuk Selesai Masalah Pemimpin

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah. Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas; ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan

Bolehkah PR bentuk kerajaan tanpa sokongan majoriti Melayu?

Bolehkah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan yang halal dan absah (berlegitimasi), seandainya gagal memperolehi sokongan lebih 50% daripada masyarakat Melayu, tetapi sokongan masyarakat kaum lain memberikan bilangan kerusi yang mencukupi di Dewan Rakyat untuk PR memerintah di peringkat pusat?

“PR mungkin terasa serba salah dengan kesahihan kerajaannya seandainya ia memperolehi kurang 50% daripada sokongan masyarakat Melayu, walaupun mendapat mandat lebih 50% daripada seluruh masyarakat Malaysia.”

Demikianlah pemerhatian dan persoalanan yang dilontarkan oleh pengkaji politik, Wong Chin Huat selepas kekalahan PR di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober yang lalu. Wong mengemukakan statistik bahawa wujudnya kecenderungan pengaliran undi masyarakat India kepada BN dalam PRK tersebut, yang boleh dijelaskan sama ada Bagan Pinang ialah “kes terasing” atau “menggambarkan trend keseluruhannya (khususnya masyarakat India)”.

Seandainya 40% undi Melayu diperolehi…

Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong (gambar kiri) terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa “mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat.”

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.

Untuk Wong, selagi PR terasa serba salah jikalau gagal memperolehi lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, maka UMNO dan lidahnya, Utusan Malaysia akan diberi kesempatan untuk meneruskan serangannya.

Seandainya Pakatan Rakyat meretak…

Logik Wong begini. Seandainya PR terus dihantui bayangannya “untuk mendapat sokongan lebih 50% Melayu”, maka parti komponen PR, terutamanya PAS dan PKR dijangka akan beralih kepada hujah mahupun dasar yang menampakkan perkauman dan keagamaannya sekali-kala, sekiranya tidak tahan dengan serangan UMNO dan Utusan Malaysia.

Lantaran itu, PAS dan PKR akan bertelagah dengan DAP yang perlu tampil untuk menyanggah hujah dan dasar tersebut. Apa yang berlaku seterusnya adalah pengundi bandar, kelas menengah akan hilang yakin kepada PR kerana “harapan (yang diberikan PR)” kini diganti dengan persepsi “sering berbalah sesama sendiri”. Senario ini berakhir dengan retaknya PR seperti Barisan Alternatif sebelumnya…

Untuk mengelakkan ramalan pesimis ini menjadi kenyataan, Wong menganjurkan pandangan bahawa PR perlu yakin bahawa dirinya tetap kerajaan yang absah seandainya mendapat mandat lebih 50% undi daripada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Sistem negara yang dikuasai Melayu

Ketika mengulas pandangan yang diutarakan Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina) berkata, “legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu” merupakan “persoalan struktur” yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.

Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem “negara Melayu”, di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu.

Justeru itu, Yong berpendapat bahawa PR tidak dapat mengelakkan dirinya ketika berdepan dengan persoalan ini, dan terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Yong menganggap bahawa PR masih belum menemui jalan keluar, ketika berhadapan dengan serangan retorik UMNO bahawa “naiknya PR bermaksud hilangnya kuasa Melayu”.

“Sememanganya, PR tidak akan dapat menandingi UMNO ketika membincangkan Melayu. Namun, apakah hujah sebaliknya yang diketengahkan untuk membalas retorik UMNO? Satu hujah yang senang difahami, berkesan untuk memujuk dan mendapat keyakinan masyarakat Melayu…,” kata Yong.

Misalnya, “Melayu” dipisahkan kepada Melayu-Bandar, Melayu-Kelas Menengah dan sebagainya, agar kepentingan Melayu ini dapat dihalusi dan dibincangkan secara konkrit, cadang Yong.

Malah, Yong (gambar kanan) menganggap “politik berbilang kaum” yang dianjurkan PR ini perlu didalami, dan bukan hanya berpuas hati dengan aktiviti seperti rumah terbuka sahaja. Beliau mencadangkan agar pemimpin PR perlu berdialog dengan sektor perkhidmatan awam, pasukan keselamatan, untuk menghapuskan rasa musuh dan syak wasangka yang wujud.

Apabila tembok ini dipecahkan, barulah PR boleh tampil dan mendakwa dirinya sebagai pakatan politik yang melambangkan kepentingan semua kelas dalam masyarakat Malaysia, simpul Yong. -merdekareview

Oleh Lim Hong Siang

Tuesday, October 20, 2009

Program Korban Eidul Adha 1430 H

PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA 1430 HIJRAH ANJURAN PAS BSP

Tarikh : Hari Ahad 29 Nov 2009
Masa : 9 pagi
Tempat : Jalan 8, Bandar Seri Putra
Penyertaan : Terhad (Siapa cepat dia dapat)
Semua ahli yang berhasrat untuk menyertai korban diminta hubungi Pengarah Program, Sdr Azli Ariffin di talian 6013 2215804.

REHLAH 2009 PAS BSP

Tarikh : 12 & 13 Dis 2009
Tempat : Tiara Beach Resort, Port Dickson (tentative)
Bayaran : akan di kemaskinikan
Penyertaan : Terbuka kepada semua ahli PAS BSP

Semua ahli dijemput untuk menyertai Rehlah untuk mengukuhkan silaturrahim dan mempeteguhkan ukhwah. Sila hubungi Pengarah Program Sdr Norhalimi Saaidin ditalian 6012-6697393

Sunday, October 18, 2009

Gagasan Bangi Raya

Gagasan Bangi Raya` adalah cetusan idea yang mahu mengunggulkan Bangi baik dari segi imej, infrastruktur dan dari segi lokasi geografi.

Dr. Shafie - semasa berucap di Majlis sambutan Hari Raya di Seksyen 15 MPkJ Bangi

Dari segi imej ADUN menampilkan motto `Bangi Bandar Ilmu`, sesuai dengan situasi Bangi yang keberadaan dan perkembangannya dicetus oleh pembukaan kampus dan pembinaan UKM. Ini diikuti dengan kemunculan universiti-universiti di sekeliling Bangi yang menghampiri jumlah dua puluh buah. Turut lahir di sekitarnya berpuluh-puluh pusat penyelidikan, latihan dan kemahiran. Bangi dihuni oleh para ilmuan yang mencurah keilmuan dan kepakaran mereka diinstitusi-institusi keilmuan disekeliling Bangi. Mereka adalah pencinta ilmu dan menghasilkan produk-produk ilmu.

Imej Bangi Bandar Ilmu bukan setakat kewujudan institusi-institusi keilmuan, tetapi kita memprojek Bangi dengan kegiatan-kegiatan ilmu. Untuk melaksanakannya di bawah ADUN Bangi diwujudkan `Kabinet Bandar Ilmu` Kabinet merangka kegiatan-kegiatan bersifat ilmu dan ilmiah. Kerjasama di dalam bidang ini banyak dilakukan bersama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan Persatuan Surau-Masjid di Bandar Baru Bangi. Antara kegiatan yang dilakukan seperti wacana ilmu, seminar, ceramah, merakyatkan ilmu, wadi ilmu, pameran buku, membicarakan buku, penerbitan, pengajaran di masjid-surau, tadarrus al-Quran dan pertandingan seni dan budaya.


(Gambar hiasan)

Bagi menyemarak dan melengkapkan Bangi Bandar Ilmu perhatian khusus diberi terhadap kelengkapan infrastruktur, kebersihan dan rekreasi. Penyemarakan ilmu selama ini dilakukan di berbagai lokasi seperti menyewa bilik-bilik seminar di berbagai-bagai institusi, ceramah di padang dan dalam bangunan, merakyatkan ilmu di pinggir pasar dan di ruang Medan Selera, mengadakan perbincangan santai, tetapi ilmiah di bawah khemah di tepi Tasik Cempaka, pameran buku di ruang legar PKNS Bangi, membicarakan buku di pentas-pentas, menerbitkan bahan ilmiah, seni ilmiah dan seni budaya, pengajaran berterusan di 24 masjid dan Surau oleh berbagai guru tempatan dan jemputan di dalam berbagai bidang. Tadarrus al-Qur`an dan huraian dari masjid-surau secara bergilir-gilir sebulan sekali, manakala pertandingan seni budaya dilakukan oleh perpustakaan dan persatuan-persatuan, terutama di kalangan anak-anak sekolah. Insentif kepada pelajar-pelajar juga dilakukan seperti kelas bimbingan, retreat ilmu, hadiah kepada pelajar cemerlang, membantu pelajar-pelajar miskin dan kekurangan. Demikianlah Bangi Bandar Ilmu yang boleh dikatakan keseluruhan kawasannya adalah merupakan kampus terbuka dan keseluruhan warganya adalah berorientasi dan cintakan ilmu. Meskipun seluruh kegiatan ilmu diperkatakan dapat dijalankan dengan baik, tetapi bagi sebuah Bandar ilmu banyak lagi kekurangan. Antaranya kita sedang memperjuang dan mendesak kerajaan atau agensi-agensi berkaitan seperti PKNS, MPKj dan Pejabat Daerah mewujudkan Pusat Konvensyen yang dapat digunakan sebagai tempat kegiatan ilmu, seni budaya dan kemasyarakatan yang lokasi terbaiknya seharusnya berada di pinggir Tasik Cempaka. Sebagai Bandar dikelilingi institusi-institusi keilmuan di Bangi seharusnya wujud kedai-kedai buku yang menjadi tarikan bagi penduduk tempatan dan dari luar datang membeli buku.

Di Bangi seharusnya ada tempat-tempat pameran dan geleri buku juga wujudnya gedung dan sanggar seni untuk para seniman berkreatif. Perpustakaan di Bangi hendaklah dinaitaraf kepada perpustakaan induk antara universiti yang para pengunjung dari berbagai lapisan dari professor, pelajar, anak sekolah dan penduduk tempatan mengunjungi dan meminjam buku-buku, bahkan sumber ilmu yang dapat diekses melalui peralatan dan komunikasi moden.

Suasana dan budaya ilmu memerlukan ketenagan, keharmonian dan kesejahteraan. Aspek-aspek ini diberi perhatian umpamanya kita melancar dan mengisytiharkan tahun 2009 sebagai tahun bersih. 10 program besar kempen kebersihan di Bandar Baru Bangi, dikuti dengan berpuluh-puluh program gotong royong kebersihan diadakan oleh penduduk taman-taman perumahan. Sejumlah peruntukan yang besar telah dikeluarkan dari peruntukan ADUN Bangi bagi kempen kebersihan tersebut. Pihak MPKj dan Persatuan Penduduk pula memilih Seksyen 16 Bandar Baru Bangi, kawasan yang dianggap terkotor di Bandar Baru Bangi kerana wujudnya dua pasar malam dan pasar tani secara mingguan di situ dan tidak terkawal dari segi kebersihan. Di sini diadakan kempen kebersihan secara berterusan dan diharap dapat ditransformkan kawasan ini dari imej yang kotor kepada tempat yang bersih. Pemilihan tempat ini ada kaitan dengan arahan pihak Exco kerajaan tempatan agar setiap daerah memilih satu tempat yang kotor dan dibersihkan. Tempat-tempat yang dibersihkan dari berbagai daerah ini dipertandingkan, diiktiraf dan diberi hadiah bagi tempat yang terbersih.

Dari segi fizikalnya adalah diusahakan, terutama melalui kerjasama dengan MPKj agar dapat ditransformkan Bandar Baru Bangi dari Bandar yang kurang diberi perhatian dari segi landscape dan seni taman kepada Bandar Taman. Jalan-jalan masuk dari kedua-dua tol dan bulatan-bulatan di Bandar Baru Bangi dihias dan ditingkatkan dengan taman-taman, begitu juga di sepanjang jalan dan antara divider jalan. Penduduk-penduduk di taman masing-masing diharap menjadi bapa/ibu angkat bagi kebersihan, landscape dan hiasan taman di taman masing-masing. Kalau perlu diadakan pertandingan taman terbersih antara taman-taman. Hiasan fizikal dan luaran tidak sempurna dari segi keindahan dan kesejahteraan jika tidak disempurnakan dari segi keselamatan. Kita berusaha untuk menghapuskan jenayah dan gejala sosial di Bandar Baru Bangi. Pendidikan dan amal ibadat melalui surau dan masjid adalah satu pendekatan mendidik masyarakat hingga dapat mencegah dari akhlak keji, gejala sosial dan berlakunya jenayah. Lebih dari itu jawatankuasa keselamatan,ahli Badar, penduduk setempat dan polis sama bertanggungjawab menjaga keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan penduduk.

Demikianlah visi dan misi kita berhubung dengan Bandar Baru Bangi. Kita mau jadikan Bandar Ilmu ini Bandar Bersih, Aman Sejahtera dan Bandar Taman yang masyarakatnya prehatin dan hidup secara harmoni. Al-Hamdulillah dari tinjauan kita, Bandar Baru adalah menjadi Bandar rebutan untuk dihuni. Kerana lokasinya yang strategic, dekat dengan Putrajaya dan KLIA, mudah ke KL dan Seremban. Kebanyakan bila ditanya mengapa mereka memilih Bangi untuk dihuni. Jawapan yang diterima ialah kerana Bangi Islamik, Akademik dan Dinamik. Malangnya kawasan Bandar Baru Bangi amat terhad dari segi keluasan. Kini tidak mungkin mendapat luas seekar tanah untuk dijadikan tapak kediaman. Hartanah di sini begitu melonjak tinggi lebih tinggi dari hartanah di Shah Alam. Penduduk di sini bertambah secara pesat dan kini mencecah 100,000 orang, sedang lebih ramai lagi mereka yang mahu menjadi warga Bangi.

Gagasan Bangi Raya

Oleh kerana Bangi adalah Bandar pilihan untuk dihuni, maka peluang sewajarnya harus diberi, maka ADUN mencadangkan `Gagasan Bangi Raya`.

Gagasan ini bermaksud memperluaskan kawasan jenama `Bangi yang mempunyai daya tarikan yang tinggi, iaitu dengan menjadikan seluruh kawasan DUN Bangi kini dengan beberapa penambahan sebagai Bangi Raya tanpa mengubah nama dan lokasi tempatan yang sedia ada. Kawasan DUN Bangi dipecah kepada Bangi (Satu), Bangi Dua dan Bangi Tiga.

Bangi

Merangkumi seluruh Bandar Baru Bangi yang ada sekarang, termasuk UKM, termasuk juga Pekan Bangi hingga ke sempadan dengan Semenyih dan Sungai Ramal Luar dan Dalam.

Bangi Dua

Merangkumi Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota dan perkembangan dari kedua-dua Bandar tersebut.

Bangi Tiga

Merangkumi Bukit Mewah hingga ke Taman Jasmin, Bandar Universiti, Bandar Alam Sari dan Bandar Teknologi.

Di bawah gagasan `Bangi Raya` seluruh konsep Bangi Bandar Ilmu diperkatakan di atas akan diaplikasi dan diterapkan kepada Bangi Raya. Dengan ini lebih banyak kawasan dan peluang bagi mereka yang berminat untuk menghuni dan menjadi warga Bangi.

Dari segi politik `Bangi Raya` akan menjadi sebuah kawasan parlimen di Selangor dan ketiga-tiga pecahan Bangi menjadi kawasan DUN.

Untuk jangka panjang `Bangi Raya` akan menjadi sebuah `Bandaraya` yang pesat maju di negeri Selangor, mempunyai kerajaan tempatan dianjung selatan dan pintu masuk dari Selatan ke Selangor dan ditadbir oleh seorang Datuk Bandar yang dinamik – Insya Allah.

Sekian. Terima kasih

Pagi Jumaat 27 Syawal 1430 = 16 Oktober 2009.
~Shafie Abu Bakar~

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI SERDANG








Friday, October 16, 2009

90,000 perlu kediaman di Padang

JAKARTA: Kira-kira 90,000 keluarga dilaporkan masih tiada tempat tinggal dua minggu selepas kejadian gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter melanda Padang di Sumatera Barat ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikrar untuk memperuntukkan AS$38 juta (RM133 juta) bagi membantu mangsa.

Masalah kediaman terus menjadi masalah besar, kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BKPM), Syamsul Maarif, ketika keperluan asas mangsa gempa seperti air minuman, tenaga, elektrik dan telekomunikasi sudah dipenuhi.

“Kira-kira 90,000 keluarga tidak mempunyai tempat perlindungan. Kami akan penuhi dua pertiga daripada keperluan tempat tinggal sehingga hujung minggu ini,” kata Syamsul selepas menghadiri mesyuarat Kabinet mengenai bencana berkenaan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

“Bagi mangsa berkenaan, gabenor mula mengedarkan peralatan kepada penduduk supaya boleh digunakan bagi membina sendiri penempatan mereka sehingga rumah mereka siap dibaiki.

“Saya melihat sendiri bagaimana penduduk di sana membina penempatan daripada runtuhan rumah mereka,” katanya.

Syamsul berkata agensi berkenaan sebenarnya sudah menyediakan khemah mudah alih untuk digunakan sebagai penempatan sementara bagi kumpulan besar mangsa gempa. Tetapi, mangsa enggan menggunakannya sebaliknya meminta penempatan keluarga secara individu.

Setiausaha Rendah PBB bagi Penyelaras Bantuan kecemasan dan Krisis Kemanusiaan, John Holmes yang melawat Sumatera Barat Rabu lalu bersetuju mangsa gempa memerlukan penempatan berikutan beribu-ribu rumah rosak teruk.

“Kami akan membantu kerajaan menyediakan sejumlah besar khemah,” kata pegawai PBB itu kepada The Jakarta Post, kelmarin,” katanya.

PBB meminta masyarakat antarabangsa menyumbang AS$38 juta bagi usaha bantuan segera di wilayah yang musnah itu.


- Agensi

Petanda Pilihanraya Perak Semakin Hampir?

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah.

Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, katanya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121.

Sumber : BERNAMA

Thursday, October 15, 2009

Sivakumar panggil sidang, Adun PR akan hadir

Nazri Abdullah

IPOH, 15 Okt: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan akan menghadiri sidang DUN yang dijadual 28 Oktober ini.

Bagaimanapun ia bukan atas panggilan Speaker BN, R.Ganesan tetapi berdasarkan notis panggilan dari Speaker Pakatan Rakyat, V.Sivakumar yang diterima mereka hari ini.

Sivakumar dalam satu kenyataan media bertarikh 14 Oktober memberitahu, hanya 49 Adun termasuk dari BN dihantar notis panggilan tersebut.

Manakala Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Ahli Exconya, Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon telah digantung sebelum ini.

ImagePersidangan kali ini adalah yang Ketiga untuk Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke 12 yang kan diadakan di Dewan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media siang tadi turut mengesahkan kehadiran Adun PR ke persidangan itu nanti.

Kehadiran tersebut katanya adalah berdasarkan panggilan Sivakumar bukannya Ganesan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit gantang juga sekali lagi menegaskan, PR hanya mengiktiraf Sivakumar sebagai speaker yang sah dan menolak Ganesan.

Sehubungan itu mereka turut mendesak Ganesan supaya tidak menganggu persidangan yang akan berlangsung kelak.

Kemelut negeri perak bagaimanapun dilihat makin rumit apabila Ganesan turut mengeluarkan notis panggilan ke sidang Dun untuk tarikh yang sama.

ImageAdun PR sebelum ini memutuskan untuk tidak hadir sidang Dun yang dipanggil Ganesan kerana menganggap beliau speaker tidak sah dan panggilan oleh Ganesan juga adalah tidak sah.

Namun dengan notis panggilan Sivarkumar yang baru diterima, kesemua mereka akan menghadirinya.

Ini bermakna persidangan pada tarikh tersebut akan dikendalikan oleh dua speaker berbeza seperti yang pernah berlaku pada 7 Mei lalu.

Mohammad Nizar ketika mengulas perkara itu memberitahu, PR tiada sebarang niat untuk melakukan huru hara.

Ditanya sama ada insiden persidangan Dun 7 Mei lalu akan berulang, Nizar hanya menjawab "tunggu dan lihat sahaja pada hari itu".

Hadir sama pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Perak siang tadi, ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng, ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Lubuk Merbau, Haji Zainuddin.

Sumber : Harakah Daily

Tuesday, October 13, 2009

Biar rakyat tahu ketelusan kerajaan negeri - Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Okt: "Biar rakyat tahu ke mana duit disalurkan dan bagaimana kita gunakan harta negeri."

Ringkas dan penuh makna, demikian antara petikan rumusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sewaktu ucapan penutupan Majlis Dialog Bajet 2010 Negeri Selangor yang berlangsung selama dua hari yang bermula 12 Oktober lalu.

Sambil itu, beliau berharap pertemuan dan perbincangan itu akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan matlamat menjadikan Selangor sebuah negeri yang berjaya dari segala aspek dan rakyatnya hidup makmur.

"Sebenarnya tujuan majlis ini adalah untuk memastikan perbelanjaan kita diurus dengan baik dan akhirnya Selangor akan berkembang maju dan rakyatnya sendiri akan mendapat pulangan," katanya kepada hadirin.

Majlis yang melibatkan penyertaan 450 prang peserta itu dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor ini, bertujuan untuk menyediakan satu forum di mana wujudnya komunikasi dua hala secara langsung di antara pihak penggubal dasar dan pihak yang terlibat di peringkat akar umbi.

Majlis itu merangkumi tiga sesi taklimat khusus, menjurus kepada elemen-elemen penyediaan dan perancangan Bajet 2010 dijangka dibentangkan semasa Mesyuarat Ketiga (Bajet 2010) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kedua Belas pada 9 � 17 November 200

Sambil itu, Khalid merakamkan rasa puas hati dengan keterlibatan para peserta yang memberi input dan idea yang baik selama majlis itu berlangsung dua hari bagi memastikan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Melestarikan Komuniti" mencapai sasaran.

Selain itu, percambahan minda oleh beberapa pembentangan kertas kerja, turut menarik perhatian Khalid yang menyifatkan begitu positif antaranya yang diterangkan oleh Moderator seperti Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad;Dr Halimah Ali (Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan),Dr Xavier Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin) dan Ronnie Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan).

Iskandar dalam Majlis itu telah mencadangkan kerajaan negeri mengambil alih penyelenggaraan lif di perumahan rumah pangsa yang mana bagi bajet 2010 ini dianggarkan kerajaan negeri memerlukan sekitar RM8 juta untuk menyelengara 1,1011 lif di rumah-rumah pangsa kos rendah itu.

Katanya, hampir setengah juta penduduk Selangor menghuni di perumahan kos rendah dan kebajikan mereka ini perlu dijaga kerana pembinaan projek perumahan rakyat tidak semestinya dilihat bagi mendapatkan keuntungan.

Khalid Ibrahim yang merumuskan cadangan Iskandar itu berkata kerajaan negeri akan mencari dana bagi menyediakan peruntukan menyelenggara lif-lif di rumah pangsa kos rendah di negeri ini.

Penyelengaraan lif adalah antara masalah terbesar dihadapi oleh penghuni rumah pangsa kos rendah di negeri ini.

"Konsep supaya kita menjaga lif untuk semua rumah pangsa yang menjadi masalah terbesar kita kena fikirkirkan, oleh itu lembaga perumahan besok cari dana untuk atasi ini.

"Saya nampak masalah terbesar rumah pangsa adalah lif. Kita akan cuba laksanakan jadi kita akan buat tender kepada semua syarikat yang boleh membaiki lif, saya tahun sekurang-kurangnya nya membelanjakan 5 juta untuk membaiki rumah-rumah pangsa dibawah PKNS,"katanya.

Sementara itu, Khalid turut mengulas berhubung Pembangunan modal insan di Selangor, yang berteraskan konsep SPIES iaitu Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social yang diilhamkan Dr Halimah sebelum ini.

Katanya, usaha ini penting untuk melahirkan masyarakat Selangor yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara, sekaligus mewujudkan persekitaran hidup yang selesa dan selamat.

Ketika membuat rumusan, Dr Halimah berkata, pendidikan dan pembangunan modal insan adalah tunjang kepada pencapaian kejayaan negeri Selangor.

"Kita mahu melahirkan insan-insan atau rakyat negeri Selangor yang mahu membina aset, mind set, attitude, yang tahu mempunyai ilmu dan kemahiran, learn worker teachable, mahu melakukan, akan melakukan delivery system, segala perancangan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor," kata Halimah.

SPIES katanya, turut memberi penekanan kepada aspek kemahiran, seperti kemahiran kepimpinan, komunikasi dan sosial.

Khalid dalam rumusannya itu berkata, konsep SPIES ini adalah peracangan dan program jangka masa panjang yang hasilnya tidak mungkin dapat dilihat dalam masa terdekat.

"Ia merupakan tough subject ( isu yang sukar) dan memerlukan komitmen yang tinggi dan program janga masa panjang yang akhirnya mahu melihat dan menghasilkan rakyat Selangor yang berkualiti, yang dapat menyumbang tenaga dan minda kepada kejayaan Selangor," kata Menteri Besar itu.

Mengakhiri majlis itu, Khalid berharap semua pihak dapat mengembleng tenaga dan komited dalam mencapai sasaran Bajet 2010 yang bakal dibentang kelak.

"Kita tidak boleh selesaikan semua masalah tetapi kita sentiasa memperbaharui dan memperbaiki pentadbiran kita.

"Biar rakyat tahu ke mana duit disalurkan dan bagaimana kita gunakan harta negeri," katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI SERDANG 1430H

Semua bersama keluarga dijemput hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran bersama Ahli Parlimen Serdang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi akan diadakan seperti berikut:

1. Tarikh: 29 Syawal 1430 / 18 Oktober 2009
2. Hari: Ahad
3. Masa: 2 - 5 petang
4. Tempat: Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

Semua dijemput hadir.

Maklumat lanjut: Hubungi PKM Bangi Tel.03-8925 0891, Cik Sabrina Tel. 019-683 5149, Pn Zuryati Tel.019-662 3560

Dipanjangkan bagi pihak Urusetia Program.

Wassalam terima kasih.

Ahmad Yusof 019-359 8489

Saturday, October 10, 2009

Pakatan sedia depani provokasi akhir Umno

TELOK KEMANG, 10 Okt: Demi merosakkan nama baik PAS di kalangan pengundi Bagan Pinang, PAS mendapat maklumat akan ada dua aksi provokasi dicetus bermula malam ini sehingga esok.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub lewat petang tadi berkata demikian, andaian ini dibuat berdasarkan beberapa maklumat risikan dalam Umno sendiri.

"Ianya (kumpulan itu) mungkin memakai baju PAS, menyertai konvoi liar menggunakan apa jua simbol PAS di kawasan kediaman; dengan laungan takbir dan sebagainya agar pengundi tempatan membenci PAS."

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi pula mendakwa, akan ada suatu surat Dewan Pemuda PAS yang palsu disebarkan, menggunakan tandatangannya.

"Surat palsu itu adalah fitnah, kononnya saya mengaku bersalah dan terpaksa membelakangkan Islam demi tunduk pada DAS yang anti Melayu."

Beliau juga mengumumkan bahawa PAS telah pun membuat laporan Polis berhubung kedua-dua rancangan provokasi tersebut.

Tambahnya lagi, bermula jam 12 malam ini, Pemuda tidak akan menganjurkan sebarang konvoi bermotor; sebagai bukti menghormati arahan pihak berkuasa.

Jika berlaku juga konvoi liar atas nama pemuda malam ini; sekaligus mengesahkan segala dakwaan itu.

Kedua-dua dakwaan tersebut tidak merujuk pada 'komando Pemuda' Umno; yang dipertikai sebagai kes samseng sejak beberapa hari lalu.

Mencelah dalam majlis kenyataan akhbar tergempar petang tadi, Mahfuz menyifatkan penolakan 2 kepimpinan utama Mca - Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Datuk Seri Chua Soi Lek petang tadi adalah isyarat awal - bahawa rakyat menolak calon tidak berintegriti.

Ujar Naib Presiden PAS itu lagi, penolakan itu sekali gus menjadi isyarat awal bahawa rakyat di Bagan Pinang juga bakal menolak calon tidak bersih; iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap pengundi mempertahankan maruah Bagan Pinang dengan memberi undi kepada calon Pakatan, Zulkefly Mohamad Omar.

Saat-saat akhir tempoh berkempen ini menjadikan PAS begitu berhati-hati, agar petugasnya tidak lagi diserang samseng-samseng Umno seperti sebelum ini.

Monday, October 5, 2009

Fakta Panas PRK Bagan Pinang

TELUK KEMANG – Sebuah laman blog milik UMNO telah menyiarkan beberapa fakta menarik yang didakwa laman tersebut, perlu diberi perhatian oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Fakta- Fakta tersebut adalah sebagaimana disenaraikan dibawah;

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/IMG_3653.JPG









1. 13 peniaga di Port Dickson dikatakan kecewa diarahkan keluar kerana gerai perniagaan mereka akan dirobohkan oleh MPPD untuk dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan baru bagi keselesaan pelancongan.

2. 16 buah pantai di Port Dickson yang menganjur dari km 3 hingga km 21, terutama Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana dan Pantai Blue Lagoon dikatakan terhad untuk orang awam. Dilaporkan bahawa ketiadaan laluan dan papan tanda ke pantai berkenaan disebabkan kawasan pantai tersebut dipagari oleh banglo-banglo persendirian dan swasta serta rangkaian hotel yang seolah-olah menjadi hak milik persendirian walaupun pantai telah diiktiraf sebagai harta awam di bawah undang-undang.

3. Pantai Port Dickson dikatakan kotor yang menyebabkan para pelancong dan orang tempatan geli geleman hendak ke pantai. Dikhabarkan juga banyak saluran paip kumbahan tidak terawat disalurkan terus ke pantai.

4. Kerajaan dikatakan tidak menghargai jasa tentera kerana penyerahan tugas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru tidak dilakukan mengikut kebiasaan tradisi ATM. Tiada acara perpisahan rasmi untuk bekas Panglima Angkatan Tentera tersebut.

5. Dilaporkan pihak tentera harus perkudakan UMNO dan PAS untuk kepentingan ATM demi pertahanan negara dan nasib para perajurit.

6. Lebuhraya Seremban-Port Dickson dikatakan tidak berdaya maju serta R&R di laluan berkenaan dikatakan terbiar dan secara tidak langsung telah memberikan imej buruk kepada Port Dickson.

7. Isu perumahan terbengkalai di Bagan Pinang yang melibatkan:-

Taman Crystal Bersatu, Port Dickson
Pemaju : Maju Properties Sdn. Bhd.

Taman Anggerik, Pekan Si Rusa , Port Dickson
Pemaju : Smart Project Sdn. Bhd.

Green View Resort Homes, Port Dickson
Pemaju : Eurodec Development Const.
Sdn. Bhd.

8. Projek menaik taraf jalan Port Dickson ke Pasir Panjang dikatakan telah lama terbiar dan terbengkalai.

9. Turut dilaporkan ada keluarga yang melarat di Bagan Pinang dengan pendapatan hanya RM20 sehari.

10. Elaun RM500 untuk guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Sembilan dikatakan terlalu sedikit.

11. Dilaporkan penduduk Negeri Sembilan sering terputus bekalan air terutama semasa musim perayaan disebabkan kelemahan pengurusan pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

Sumber : Buletin Online


Strategi licik Umno-BN terhadap undi pos di Bagan Pinang

Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
Mon | Oct 05, 09 | 10:07:55 am MYT

1. Perhatian utama pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang kali ini ialah undi pos . Bilangan undi pos 4,604 [ yang berdaftar ] di Bagan Pinang adalah antara jumlah undi pos terbesar bagi sebuah DUN .

2. Kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum pada Mac 2008 di DUN Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 , telah dibantu oleh undi pos apabila mereka berjaya memperolehi 3080 undi pos sedang PAS hanya memperolehi 1189 undi sahaja .

3. Umno dan BN yang jelas mengalami trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihanraya kecil pasca pilihan raya umum 2008 yang lalu , tiba - tiba menggantung harapan untuk kembali memulih maruah mereka yang tercalar teruk kali ini berikutan adanya undi pos yang tinggi di DUN Bagan Pinang .

4. Terlalu yakin mereka boleh menguasai undi pos sekali gus memenangi kerusi DUN Bagan Pinang , Umno dan BN sanggup melupakan janji dan komitmen mereka untuk meletakkan calon yang bersih , berwibawa dan berintegriti . Adanya undi pos , Umno dan BN sangat yakin bahawa mereka boleh menang walau siapa calon mereka . Rasuah dan integriti bukan lagi persoalan yang menjadi timbang tara mereka dalam perjuangan dan peletakkan calon , sebaliknya mereka hanya memburu kemenangan semata - mata .

5. Bahasa lain yang mudah difahami ialah " rasuah pun rasuah lah asal boleh menang ! " Saya percaya perkembangan ini didorong oleh keyakinan mereka yang tinggi untuk menang lantaran dilihat undi pos akan berpihak kepada mereka sebagaimana sebelumnya .

6. Sebagaimana yang telah saya tegaskan berulangkali , bahawa hadhirnya PAS bersama rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain ialah untuk membawa pulang tropi kemenangan , bukan lagi sekadar mencongak peluang untuk mengurangkan majoriti Umno dan BN .

7. Justeru itulah , buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Pusat menubuhkan satu Jawatan kuasa Khas Undi Pos yang dipengerusikan oleh Suhaizan Kaiat [ Ketua Penerangan DPPP ] . Ianya menunjukkan keprihatinan tinggi DPPP terhadap undi pos dan kini DPPP akan memastikan undi pos ini tidak lagi berpihak kepada Umno dan BN .

8. Undi pos di Bagan Pinang umumnya adalah undi Angkatan tentera , pahlawan gagah berani yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara . Tidak mungkin pengundi kelas ini takut kepada ugutan dan ancaman sebagaimana yang sering berlaku kepada pengundi - pengundi di kampung - kampung tradisi .

9. Apa yang menjadi masaalah ialah kertas undi tidak sampai kepada mereka dan lebih malang ada orang lain yang mengundi bagi pihak mereka . Perkara ini pernah didedahkan oleh Kapten Major (B) Abu Kassim di hadapan Suruhanjaya SPR baru - baru ini bahawa dialah antara yang diarahkan untuk memangkah [ mengundi ] dacing bagi pihak anggota tentera yang lain .

10. Undi Pos sememangnya tidak relevan lagi buat zaman ini malah ia dilihat mengancam ketelusan demokrasi . Andai ianya terus dikekalkan , DPPP mencadangkan supaya :

a] Sistem menggunakan borang 2 dan sampul 1 dan 2 itu dihapuskan kerana borang 2 itu mengandungi maklumat peribadi pengundinya

b] Calon dan wakil calon dibenarkan berkempen dalam kem sekaligus membenarkan agent parti memantau proses pengundian dan karung undi .

c] Undi pos tidak disimpan di Balai polis tetapi di simpan di bawah pengawasan SPR sendiri di mana - mana tempat dan dipantau oleh agent dari kedua - dua parti .

11. DPPP melihat terlalu banyak ruang yang memungkinkan undi pos ini dimanipulasi oleh pihak tertentu sekaligus ia mencemar ketelusan dan merosakkan demokrasi . Sebagai contoh ruang dimaksudkan itu ialah :

a] Bagaimana Umno dan BN boleh turun berkempen ke kawasan tentera [ Kem ] sedang PAS atau Pakatan Rakyat tidak boleh . Berikut adalah jadual kempen Umno dan BN .

- 2.10.09 : Proses Culaan Jentera BN di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah. Ada 847 Undi Pos di sana.

- 5.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala. Ada 1,130 Pengundi Pos Tentera

- 6.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa. Ada 407 Pengundi Pos Tentera

b] Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port Dickson akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada 7hb, 8hb, 9hb Oktober 2009. Sedangkan pada tarikh tersebut adalah hari pengundi. Kem ini menempatkan 1,130 orang pengundi pos. Kem ini merupakan kem ke-2 teramai dalam kem-kem di PD. Bagaimana pengundi pos di kem tersebut mahu mengundi ?Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan Sampul Keutamaan hanya dipos sahaja ? Bila dipos akan memudahkan penipuan.

Jadual adalah seperti berikut :

- 7.10.09 : Pengeluaran Undi Pos
- 8.10.10 : Pengundian
- 9.10.10 : Pengundian
- 10.10.10 : Kertas Undi dipos. (Disinilah ahli kem Kor Armor baru balik daripada Melaka)

c ] Antara kemungkinan penipuan yang boleh berlaku akibat tiada pengawasan ialah :

- 7.10.09 : Pengeluaran undi pos (Borang 2,sampul A & kertas undi akan dimasukkan dalam Sampul Keutamaan)

- 8.10.09 : Pengundian hari pertama

- 9.10.09 : Pengundian hari kedua

- 10.10.09 : Baki kertas undi yang tidak diambil akan dipos

- 11.10.09 : Kertas yang dipos akan sampai di Majlis Daerah PD. Pada hari pengundian pada 8 dan 9 Oktober BN tidak dapat menipu kerana dikawal oleh ejen-ejen PAS. Tetapi kertas-kertas undi yang dipos pada 10.10.09 akan diambil oleh pihak tertentu untuk DIPANGKAH DENGAN BN.

12. Perkara ini terjadi kerana kertas undi yang dipos tidak dapat dikawal oleh ejen-ejen PAS. Logiknya mudah: Kertas yang dipos boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Termasuk ejen BN. Ejen BN akan ambil dan pangkah BN. Kemudian hantar ke Pusat Penjumlahan di Majlis Daerah PD. Maknanya ejen-ejen Umno akan mengambil alih tugas pengundi dan pejabat pos sekaligus.

13. Umno dan BN kelihatan tertekan menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini lantaran mereka mesti membuktikan bahawa mereka mampu menguasai undi rakyat dan tidak hanya bergantung hayat kepada undi pos , kelak jika mereka menang , mereka bukan dipanggil wakil rakyat tetapi wakil pos .

14. Insya-Allah , tanggungjawab yang digalaskan kepada DPPP untuk memastikan undi pos tidak lagi menjadi milik Umno dan BN akan diusahakan sebaik mungkin bersama Pemuda Pakatan Rakyat . DPPP akan memantau malah mengejar undi pos ini ke serata ceruk Insya-Allah , semoga Allah SWT memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita .

15. Akhirnya saya menyeru agar semua pemuda bekerja keras . Jangan terlalu yakin serta selesa dan jangan pula terlalu lemah . Laksanakan tanggugjawab mengikut gerakerja dan tindakan yang telah diatur dan diarah . Semoga kita benar - benar merealisasikan impian rakyat yang kini sedang membilang hari menanti khabar kemenangan dari selatan negara setelah timur dan utara berjaya dikuasai .

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Sila hantar komen anda untuk berita ini di: urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

___________________________

KOMEN PEMBACA

___________________________

1.Kalau umno-bn kuasai undi pos dengan ambil begitu mudah beg-beg undi pos di majlis daerah dan pejabat pos apakah ini bermaksud kakitangan di kedua-dua premis tersebut juga terbabit dan bersekongkol dengan mereka. Dan pihak polis yang menjaga undi-undi tersebut? Maknanya, bukan hanya umno-bn sahaja malah seluruh sistem pentadbiran dan kekuasaan negara sudah korup! -Teropong Jauh, Shah Alam.

2. Bravo, ustaz atas perincian tentang kaedah dan kelicikan jentera umno-bn...moga-moga perancangan jahat merka akan gagal! - Anak Felda Jelai, Nogori. _

POSTER BAGAN PINANG - INILAH BN DULU KINI SELAMANYA


PAS cabar Tengku Adnan tampilkan bukti

BAGAN PINANG, 5 Okt - PAS mencabar Setiausaha Agung Umno,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuktikan kesahihan surat fitnah yang didakwanya diedarkan oleh pihak PAS.


Pengarah pilihanraya kecil PAS Bagan Pinang itu meminta Tengku Adnan tampil menjelaskan perkara sebenar sebelum membuat sebarang tuduhan melulu mengatakan surat itu cuba untuk memusnahkan karier politiknya seperti yang beliau dakwa.


Dalam sidang media harian PAS sempena pilihanraya kecil ini pagi tadi Salahuddin berkata Umno tidak boleh menyalahkan pihak pembangkang berhubung penyebaran surat fitnah berkenaan.


"Mungkin surat itu diedarkan oleh pihak tertentu yang tidak puas hati dengan Tan Sri Isa sebagai calon.

"Ia mungkin satu sabotaj pihak yang bersengketa dengan Umno sendiri," katanya menakwa wujud unsur sabotaj dalam Umno terutamanya berhubung pemilihan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN pada pilihanraya kecil ini.


Tengku Adnan mendakwa surat yang diedarkan di sekitar Bagan Pinang itu surat berunsur fitnah yang bertujuan memecah-belahkan hubungan antara ibu pejabat Umno, Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Teluk Kemang khususnya.


Surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung Umno itu mula diedarkan di sekitar DUN Bagan Pinang sejak hari penamaan calon Sabtu lalu antaranya ditulis seperti berikut:


"Pihak Majlis Tertinggi amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan terpaksa ditolak kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang."

Custom Search

PAS Bandar Seri Putra