Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi Mon | Oct 05, 09 | 10:07:55 am MYT | |
1. Perhatian utama pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang kali ini ialah undi pos . Bilangan undi pos 4,604 [ yang berdaftar ] di Bagan Pinang adalah antara jumlah undi pos terbesar bagi sebuah DUN . 2. Kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum pada Mac 2008 di DUN Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 , telah dibantu oleh undi pos apabila mereka berjaya memperolehi 3080 undi pos sedang PAS hanya memperolehi 1189 undi sahaja . 3. Umno dan BN yang jelas mengalami trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihanraya kecil pasca pilihan raya umum 2008 yang lalu , tiba - tiba menggantung harapan untuk kembali memulih maruah mereka yang tercalar teruk kali ini berikutan adanya undi pos yang tinggi di DUN Bagan Pinang . 4. Terlalu yakin mereka boleh menguasai undi pos sekali gus memenangi kerusi DUN Bagan Pinang , Umno dan BN sanggup melupakan janji dan komitmen mereka untuk meletakkan calon yang bersih , berwibawa dan berintegriti . Adanya undi pos , Umno dan BN sangat yakin bahawa mereka boleh menang walau siapa calon mereka . Rasuah dan integriti bukan lagi persoalan yang menjadi timbang tara mereka dalam perjuangan dan peletakkan calon , sebaliknya mereka hanya memburu kemenangan semata - mata . 5. Bahasa lain yang mudah difahami ialah " rasuah pun rasuah lah asal boleh menang ! " Saya percaya perkembangan ini didorong oleh keyakinan mereka yang tinggi untuk menang lantaran dilihat undi pos akan berpihak kepada mereka sebagaimana sebelumnya . 6. Sebagaimana yang telah saya tegaskan berulangkali , bahawa hadhirnya PAS bersama rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain ialah untuk membawa pulang tropi kemenangan , bukan lagi sekadar mencongak peluang untuk mengurangkan majoriti Umno dan BN . 7. Justeru itulah , buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Pusat menubuhkan satu Jawatan kuasa Khas Undi Pos yang dipengerusikan oleh Suhaizan Kaiat [ Ketua Penerangan DPPP ] . Ianya menunjukkan keprihatinan tinggi DPPP terhadap undi pos dan kini DPPP akan memastikan undi pos ini tidak lagi berpihak kepada Umno dan BN . 8. Undi pos di Bagan Pinang umumnya adalah undi Angkatan tentera , pahlawan gagah berani yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara . Tidak mungkin pengundi kelas ini takut kepada ugutan dan ancaman sebagaimana yang sering berlaku kepada pengundi - pengundi di kampung - kampung tradisi . 9. Apa yang menjadi masaalah ialah kertas undi tidak sampai kepada mereka dan lebih malang ada orang lain yang mengundi bagi pihak mereka . Perkara ini pernah didedahkan oleh Kapten Major (B) Abu Kassim di hadapan Suruhanjaya SPR baru - baru ini bahawa dialah antara yang diarahkan untuk memangkah [ mengundi ] dacing bagi pihak anggota tentera yang lain . 10. Undi Pos sememangnya tidak relevan lagi buat zaman ini malah ia dilihat mengancam ketelusan demokrasi . Andai ianya terus dikekalkan , DPPP mencadangkan supaya : a] Sistem menggunakan borang 2 dan sampul 1 dan 2 itu dihapuskan kerana borang 2 itu mengandungi maklumat peribadi pengundinya b] Calon dan wakil calon dibenarkan berkempen dalam kem sekaligus membenarkan agent parti memantau proses pengundian dan karung undi . c] Undi pos tidak disimpan di Balai polis tetapi di simpan di bawah pengawasan SPR sendiri di mana - mana tempat dan dipantau oleh agent dari kedua - dua parti . 11. DPPP melihat terlalu banyak ruang yang memungkinkan undi pos ini dimanipulasi oleh pihak tertentu sekaligus ia mencemar ketelusan dan merosakkan demokrasi . Sebagai contoh ruang dimaksudkan itu ialah : a] Bagaimana Umno dan BN boleh turun berkempen ke kawasan tentera [ Kem ] sedang PAS atau Pakatan Rakyat tidak boleh . Berikut adalah jadual kempen Umno dan BN . - 2.10.09 : Proses Culaan Jentera BN di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah. Ada 847 Undi Pos di sana. - 5.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala. Ada 1,130 Pengundi Pos Tentera - 6.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa. Ada 407 Pengundi Pos Tentera b] Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port Dickson akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada 7hb, 8hb, 9hb Oktober 2009. Sedangkan pada tarikh tersebut adalah hari pengundi. Kem ini menempatkan 1,130 orang pengundi pos. Kem ini merupakan kem ke-2 teramai dalam kem-kem di PD. Bagaimana pengundi pos di kem tersebut mahu mengundi ?Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan Sampul Keutamaan hanya dipos sahaja ? Bila dipos akan memudahkan penipuan. Jadual adalah seperti berikut : - 7.10.09 : Pengeluaran Undi Pos c ] Antara kemungkinan penipuan yang boleh berlaku akibat tiada pengawasan ialah : - 7.10.09 : Pengeluaran undi pos (Borang 2,sampul A & kertas undi akan dimasukkan dalam Sampul Keutamaan) - 8.10.09 : Pengundian hari pertama - 9.10.09 : Pengundian hari kedua - 10.10.09 : Baki kertas undi yang tidak diambil akan dipos - 11.10.09 : Kertas yang dipos akan sampai di Majlis Daerah PD. Pada hari pengundian pada 8 dan 9 Oktober BN tidak dapat menipu kerana dikawal oleh ejen-ejen PAS. Tetapi kertas-kertas undi yang dipos pada 10.10.09 akan diambil oleh pihak tertentu untuk DIPANGKAH DENGAN BN. 12. Perkara ini terjadi kerana kertas undi yang dipos tidak dapat dikawal oleh ejen-ejen PAS. Logiknya mudah: Kertas yang dipos boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Termasuk ejen BN. Ejen BN akan ambil dan pangkah BN. Kemudian hantar ke Pusat Penjumlahan di Majlis Daerah PD. Maknanya ejen-ejen Umno akan mengambil alih tugas pengundi dan pejabat pos sekaligus. 13. Umno dan BN kelihatan tertekan menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini lantaran mereka mesti membuktikan bahawa mereka mampu menguasai undi rakyat dan tidak hanya bergantung hayat kepada undi pos , kelak jika mereka menang , mereka bukan dipanggil wakil rakyat tetapi wakil pos . 14. Insya-Allah , tanggungjawab yang digalaskan kepada DPPP untuk memastikan undi pos tidak lagi menjadi milik Umno dan BN akan diusahakan sebaik mungkin bersama Pemuda Pakatan Rakyat . DPPP akan memantau malah mengejar undi pos ini ke serata ceruk Insya-Allah , semoga Allah SWT memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita . 15. Akhirnya saya menyeru agar semua pemuda bekerja keras . Jangan terlalu yakin serta selesa dan jangan pula terlalu lemah . Laksanakan tanggugjawab mengikut gerakerja dan tindakan yang telah diatur dan diarah . Semoga kita benar - benar merealisasikan impian rakyat yang kini sedang membilang hari menanti khabar kemenangan dari selatan negara setelah timur dan utara berjaya dikuasai . Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Sila hantar komen anda untuk berita ini di: urespons@gmail.com
___________________________ KOMEN PEMBACA ___________________________ 1.Kalau umno-bn kuasai undi pos dengan ambil begitu mudah beg-beg undi pos di majlis daerah dan pejabat pos apakah ini bermaksud kakitangan di kedua-dua premis tersebut juga terbabit dan bersekongkol dengan mereka. Dan pihak polis yang menjaga undi-undi tersebut? Maknanya, bukan hanya umno-bn sahaja malah seluruh sistem pentadbiran dan kekuasaan negara sudah korup! -Teropong Jauh, Shah Alam. 2. Bravo, ustaz atas perincian tentang kaedah dan kelicikan jentera umno-bn...moga-moga perancangan jahat merka akan gagal! - Anak Felda Jelai, Nogori. _ |
Punca Dan Gejala Resdung
1 year ago
No comments:
Post a Comment