Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan - Lagi Kejutan BN!

WEDNESDAY, 08 JULY 2009 23:45
PUTRAJAYA, 8 Julai – Di tengah-tengah kekalutan persediaan menghadapi pilihanraya kecil Manek Urai, kerajaan Barisan Nasional sekali lagi memberi kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengumumkan keputusan pemansuhan sistem PPSMI lewat petang tadi.
Menurut kenyataan berita massa, matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan bakal diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula bakal diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.Katanya lagi, pelaksanaan akan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat. Namun apa yang dikesali adalah, perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi. Isu PPSMI ini merupakan satu isu yang sudah basi kerana ianya telah dicanang pelbagai pihak termasuk PAS dan NGO-NGO yang merasakan bahawa sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai memperkosa hak rakyat Malaysia seawal kewujudannya.Anehnya, keputusan pemansuhan tersebut diumumkan enam hari sebelum tarikh pembuangan undi bagi pilihan raya kecil n41. Ini dilihat seolah-olah kerajaan Barisan Nasional mempunyai agenda bagi memancing undi di kalangan kelompok majoriti Melayu di Manek Urai.

No comments:

Post a Comment

Custom Search

PAS Bandar Seri Putra